ROTAN


PENGENALAN
Isu merotan bukanlah perkara baharu di dalam dunia pendidikan di negara ini. Pelbagai pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah, tokoh akademik dan para pemimpin Negara telah menyuarakan pendapat dan cadangan masing-masing sehinggalah berlaku beberapa kali perubahan dalam tatacara perlaksanaan hukuman rotan di kalangan pelajar sekolah di negara ini. Hukuman merotan adalah dibenarkan ke atas pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan berat seperti mana yang termaktub dalam Akta Dsiplin Sekolah (1957/59). Walaubagaimanapun, Kementerian Pendidikan (1992) telah mengarahkan semua guru besar dan pengetua supaya mengutamakan perbincangan dari hati ke hati terhadap pelajar yang melakukan kesalahan, walaupun hukuman rotan masih dibenarkan. Sekali lagi perubahan berlaku apabila Kementerian Pendidikan (1994) mengeluarkan arahan supaya hukuman rotan di khalayak ramai dihentikan. Sebaliknya hukuman rotan seharusnya dijalankan di dalam bilik pengetua dengan disaksikan oleh beberapa orang guru.
            Malangnya masalah disiplin tetap terus meningkat. Perubahan berlaku lagi apabila Kementerian Pendidikan pada tahun 1996 telah mengarahkan supaya hukuman rotan diteruskan termasuklah terhadap pelajar-pelajar perempuan. Perubahan ini adalah berdasarkan resolusi yang dicapai dalam Seminar Disiplin Pelajar Kebangsaan yang dihadiri oleh pegawai-pegawai pendidikan, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru, kesatuan dan persatuan perguruan, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik, media massa dan juga wakil-wakil pelajar. Kementerian Pendidikan pada tahun 1997 juga telah menetapkan hanya guru besar, pengetua dan guru disiplin diberi kuasa merotan. Walaubagaimanapun, peraturan tersebut telah diubah lagi apabila Kementerian Pendidikan (1988) membenarkan guru besar atau pengetua member kuasa kepada mana-mana guru melaksanakan apa-apa hukuman termasuklah merotan. Ini adalah kerana guru-guru agak sukar mengawal disiplin pelajar di dalam kelas kerana peraturan sebelum itu hanya membenarkan pengetua, guru besar dan guru disiplin sahaja melaksanakan hukuman terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah.
Kementerian Pendidikan sekali lagi pada tahun 1999 telah mengedarkan garis panduan yang terbaru berhubung peraturan dan disiplin pelajar termasuklah merotan di kalangan pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Dalam garis panduan tersebut digariskan kesalahan berat, sederhana, ringan dan biasa serta bentuk hukumannya.
Dalam tahun 2003, isu hukuman merotan sekali lagi menjadi bahan perbincangan yang sangat hebat apabila pada tahun tersebut, media massa banyak melaporkan tentang kes salah laku pelajar termasuklah kesalahan yang melibatkan pergaduhan berkumpulan dan kes pembunuhan. Berikutan desakan daripada pelbagai pihak termasuklah para menteri maka sekali lagi Kementerian Pendidikan (2003) telah mengkaji secara serius untuk memberi kuasa semula kepada semua guru di sekolah melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar, sebagai usaha mengekang masalah disiplin yang semakin membimbangkan.
Kenakalan sebahagian pelajar hari ini mengarah kepada bentuk jenayah seperti samseng di sekolah, pergaduhan, memiliki bahan lucah dan penyalahgunaan dadah. Bahkan ada pelajar yang berani mengugut guru yang cuba mendisiplinkan mereka. Fenomena ini tentunya mencemaskan semua pihak dan langkah pencegahan perlu dilakukan dengan segera sebelum ianya menjadi parah. Mungkin salah satu cara yang pencegahannya ialah melalui hukuman yang berat seperti rotan. Hukuman ini walaupun dibenarkan, namun ada pihak yang tidak berpuashati dan beranggapan ia cara lama yang tidak sesuai pada zaman ini. 
Merotan atau memukul sebagai satu cara mendidik sebenarnya bukanlah perkara baru. Di Amerika, merotan dan cara dendaan fizikal yang lain adalah perkara biasa pada masa lalu. Blair G.M, at.el (1975) melaporkan bahawa pada awal abad ke 20, di sebuah  sekolah yang mempunyai 250 guru, terdapat 328 kes merotan pada suatu minggu, atau purata 65 kes merotan setiap hari. Di sebuah sekolah yang lain pula, lapan belas orang murid lelaki dirotan selama dua jam di hadapan seorang dewasa atau orang yang tidak dikenali. Ada seorang guru tua memberitahu, bahawa pada hari pertama beliau mengajar, dia merotan setiap orang murid yang ada di dalam kelasnya. Pada tahun 1848, sebuah sekolah tinggi di Carolina Utara menerbitkan satu senarai tingkah laku yang dilarang bersama dengan hukumannya sekali. Diantara peraturan tersebut ialah;

  1. Murid lelaki yang bermain dengan murid perempuan, empat kali sebat.
  2. Berkelahi, empat kali sebat.
  3. Menyimpan kuku panjang, dua kali sebat.
  4.  Bercakap kasar, lapan kali sebat.
Di dalam tradisi Pendidikan Islam, Rasulullah membenarkan kaedah rotan di dalam mendidik anak. Dalam salah satu hadis Baginda bersabda maksudnya: “Ajar anakmu untuk belajar mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun. Pukul dia andai kata enggan melakukan solat itu pada usia 10 tahun”. Berdasarkan hadis ini, jelas bahawa memukul atau merotan sebenarnya adalah salah satu cara pendidikan yang dibenarkan dalam Islam. Walau bagaimanapun merotan atau memukul adalah hukuman yang akhir selepas melalui beberapa peringkat seperti nasihat, peringatan atau bentuk bimbingan. Di dalam sistem pendidikan di negara ini, Kementerian Pendidikan (1999) telah telah mengariskan 35 kesalahan berat yang membolehkan pelajar yang melanggar kesalahan tersebut diberi hukuman rotan di punggung.
Antara kesalahan yang di katogerikan sebagai ‘berat’ ialah seperti menyimpan, membawa, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah, membawa menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau dan membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan atau menghayalkan. Selain itu, biadap terhadap guru, pengawas dan murid lain juga turut dikategorikan sebagai kesalahan berat.
Turut disenaraikan sebagai kesalahan berat ialah membuli, berjudi, mencuri serta mencetak, menerbit, mempamer, mengedar, menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman dan multimedia terlarang. Jika didapati bersalah, pelajar berkenaan akan dirotan di punggung menggunakan rotan ringan maksimum tiga kali. Sehingga hari ini, walaupun hukuman rotan masih dijalankan namun, kesalahan disiplin di kalangan pelajar terus meningkat. Ini terbukti dengan cadangan terbaru untuk memberikan semula kuasa merotan kepada semua guru bagi membendung masalah disiplin yang semakin membimbangkan (Rafie2003).

Masih relevankah hukuman rotan pada masa kini?
Kebaikan
  1. Ianya dapat memberi pengajaran supaya pelajar berkenaan insaf dan tidak mengulangi kesalahan tersebut.
  2. Ianya juga dapat mendisiplinkan para pelajar dan bertujuan mendidik agar pelajar tahu bahawa kesalahan yang dilakukan itu menyalahi peraturan sekolah.
  3. Ianya dapat mencegah dan menghalang para pelajar daripada melakukan kesalahan kerana pelajar takut dirotan.
  4. Pelajar akan lebih mudah dikawal dan mengikut peraturan sekolah yang telah ditetapkan.
  5. Sesetengah pelajar lebih mudah menerima hukuman rotan untuk memperbaiki diri. Contohnya seorang pelajar memberi tindak balas kepada cara lemah lembut manakala seorang lagi mungkin memerlukan cara yang keras untuk mambaiki kesalahan.

Kelemahan

  1. Dari segi psikologi, pelajar akan menanggung perasaan malu akibat dirotan di khalayak ramai dan akan bertindak lebig agresif.
  2. Guru disiplin akan menghadapi kemungkinan pelajar akan membalas dendam terhadapnya. Ini terbukti apabila pernah terpampang di dada akhbar, guru dipukul oleh pelajar yang tidak berpuas hati dengannya akibat dirotan.
  3. Guru juga mengadapi kemungkinan implikasi undang-undang jika ada ibu bapa pelajar yang tida berpuas hati anaknya dirotan akibat kesalahan kecil.
  4. Kuasa merotan pelajar hanya diberikan kepada guru disiplin dan pengetua. Ini membuatkan guru lain yang tidak diberikan kuasa merasa bimbang dan enggan menanggung sebarang permasalahan yang timbul jika merotan para pelajar dengan sewenang-wenangnya.

Kesimpulan


Rotan hanya jalan yang terakhir bagi pelajar yang melakukan kesalahan disiplin. Ini kerana tujuan hukuman hanyalah untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini. Seseorang guru perlulah menggunakan kebijaksanaannya dan menggunakan pendekatan seperti kaunseling, terapi tingkah laku, nasihat dan bimbingan. Hal ini kerana pelajar yang dihasilkan oleh sekolah haruslah selari dengan apa yang digariskan dengan rukun Negara dan falsafah pendidikan kebangsaan selain mempunyai ciri-ciri akhlak, disiplin, agama, budaya, akademik dan sukan yang baik.


Anda mungkin juga meminati:

http://kulanzsalleh.com/kuasa-guru-merotan-murid/
http://sarjana.tripod.com/denda3.html
http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id141.html
http://epondok.wordpress.com/2009/06/17/rotan-antara-mendidik-dan-menambah-masalah/
http://laxmanajebat.blogspot.com/2008/04/rotan-pelajar-apa-kesudahannya.html






8 comments:

  1. saya sokong utk denda merotan yg melibatkan displin peklajar, tapi bagi merotan yg disebabkan dgn kesalahan kecil sepeteri pengawas tidak menjalankan tugas? semua pengawas di rotan . wajarkah ?

    ReplyDelete
  2. mohon share cikgu..terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  3. saya sokong kerana merotan dapat mendidik pelajar untuk berubah dan dapat mendisiplinkan diri

    ReplyDelete
  4. mohon share ya :) utk debat ..

    ReplyDelete
  5. merotan bila patut. buat public canning. kuat sesebuah negara ialah anak muda yg berdisiplin. jadi tanggungjawb guru guru lan kan. kadang2 waris kecoh mcm ibu ayam tak sedaq dia yg terpijak anaknya.

    ReplyDelete
  6. mohon share untuk presentation sekolah,terima kasih

    ReplyDelete
  7. mohon share untuk presentation sekolah,terima kasih

    ReplyDelete