Ponteng
merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang
pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab
yang dibenarkan pada hari persekolahan. Sejak akhir-akhir ini masalah ini telah
sampai ke peringkat yang agak serius. Pihak media juga sering menyiarkan berita
tentang masalah ini sehingga pada masa ini pihak guru serta ibu bapa berasa
sesuatu tindakan yang tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala negatif ini
sampai ke peringkat yang lebih kronik lagi. Menurut laporan yang pernah
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, peratus pelajar yang terbabit dengan
gejala ponteng didapati semakin meningkat dari masa ke semasa terutama bagi
sekolah-sekolah di kawasan bandar. Gejala ponteng mungkin dianggap
kurang memberi impak kepada tercetusnya permasalahan dalam kalangan pelajar
pada masa kini. Tanpa disedari, gejala inilah yang akan menjadi titik tolak
kepada permasalahan yang lebih besar seperti gangterisme, dadah, mat rempit,
ragut serta aktiviti-aktiviti tidak bermoral.
Masalah ini
berlaku tidak kira samada di bandar atau luar bandar, sekolah biasa ataupun
sekolah berasrama penuh. Ini kerana, sikap para pelajar sekarang kebanyakannya menjangkau
fikiran kita.
Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari
daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng
juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri
kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam
satu-satu hari.
Terdapat beberapa faktor berlakunya gejala ponteng sekolah. Faktor utama berlakunya gejala
ponteng sekolah ini ialah masalah keluarga. Pada zaman yang serba moden ini,
kebanyakan ibu bapa leka bekerja mencari wang sehingga mengabaikan
tanggungjawab utama mereka terhadap anak-anak. Ini menyebabkan anak-anak berasa
diabaikan serta tidak disayangi lagi oleh ibu bapa mereka. Masalah ini membawa
kesan buruk sehingga memberikan tekanan emosi kepada anak-anak. Apabila masalah
ini membebani mereka, konsentrasi terhadap akademik semakin menurun dan tidak
minat lagi untuk belajar. Pelajar beranggapan dengan ponteng sekolah dan
melepak dapat melupakan masalah yang sedang dihadapi.
Faktor
persekitaran turut mempengaruhi para pelajar kita dalam melakukan ponteng
sekolah. Jika kita lihat dipersekitaran kita, kemudahan‑ kemudahan untuk
berhibur terlalu banyak bukan sahaja ratusan malahan mungkin ribuan pusat‑pusat
hiburan seperti pusat permainan video, pusat permainan snooker, kafe-kafe siber
dan pusat membeli-belah. Kadang-kala kita
dapat lihat terdapat pusat membeli belah yang didirikan berdekatan
dengan sekolah. Ini menyebabkan pelajar lebih mudah untuk lari dari sekolah dan
merayau-rayau di pusat membeli-belah. Kurang berminat terhadap
sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah merupakan alasan kenapa pelajar
ponteng sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan
pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada peperiksaan dan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang tidak menarik juga menjadi
punca pelajar kurang berminat untuk ke sekolah.
Dalam
mengatasi masalah ini, ibu bapa haruslah sentiasa mengambil berat dan memberi
perhatian kepada anak-anak supaya mereka dapat berkomunikasi bersama dan
mengetahui keadaan anak mereka. Pihak sekolah pula perlu memainkan peranan yang
penting, dimana guru-guru haruslah mengubahkan cara pengajaran dan pembelajaran
ataupun menambahkan sedikit hiburan supaya pelajar tidak dapat berasa bosan dan
mereka dapat menikmati keseronokan dalam pelajaran.
Kesimpulannya,
sekiranya semua pihak dapat bekerjasama dan bersama-sama menghadapi masalah
ponteng sekolah ini, saya percaya bahawa kes ponteng sekolah dapat dihadapi
dengan efektif dan peratusan berlakunya kes ini akan semakin berkurang. Dalam
masa yang sama, orang yang berjaya dalam masyarakat akan turut bertambah,
negara kita dapat dimajukan dan kita dapat mencapai Wawasan 2020 dengan lancar.
Ananlisis Teori: Isu ponteng sekolah ini boleh dikategorikan berdasarkan perspektif Teori Fungsianalisme.
Ananlisis Teori: Isu ponteng sekolah ini boleh dikategorikan berdasarkan perspektif Teori Fungsianalisme.
Teori fungsiomnnalisme dipelopori oleh Auguste Comte,
Herbert Spencer dan Emile Durkheim (Mohd Salleh lebar, 1998). Mengikut teori
ini, masyarakat berkembang dengan stabil berdasarkan peraturan sosial dan
perubahan masa, Perubahan ini berlaku secara beransur-ansur. Ini menunjukkan
bahawa teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan
yang menyumbang kepada perkembangan masyarakat. Masyarakat selalunya dianggap
seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi
tersendiri. Di dalam sesuatu masyarakat juga mempunyai sesuatu kefahaman kepada
proses intergarsi sosial adalah hasil daripada persetujuan ahli.
Selain itu,
Teori fungsionalisme turut menyatakan bahawa struktur-struktur sosial
akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Brinkerhoff
dan White (1989: 9) telah merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli
fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni
dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan
sejauhmana masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua
bahagian atau struktur-struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai
tujuannya. Manakala, evolusi menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku
kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaharuan.
Justeru, perkaitannya
dapat dilihat dimana ibu bapa merupakan faktor penting dalam keutuhan sesebuah
keluarga. Kegagalan ibu-bapa dalam menguruskan keharmonian hidup keluarga akan
memberikan kesan yang besar kepada terhadap anak-anak. Dalam sesebuah keluarga
yang mempunyai ibu-bapa yang bersikap realistik dan memetingkan kebendaan,
anak-anak biasanya dipinggirkan dan
kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah ponteng sekolah ini
adalah selari dengan teori fungsionalisme yang mana ibu bapa tidak menjalankan
tugas mereka dengan sempurna. Ibu bapa yang gagal menunaikan peranan mereka dalam
entiti masyarakat menyebabkan wujudnya gangguan dan ketidakseimbangan
masyarakat.
Untuk maklumat tambahan:
No comments:
Post a Comment